Lilypie First Birthday tickers

..together..forever and ever after...

Daisypath Anniversary tickers

Alhamdulillah

Daisypath Anniversary tickers

Friday, April 17, 2009

Selamat Pengantin Baru!!~NADIATULINDAH~

masih tidak terlewat lagi rasanya untuk mengucapkan selamat pengantin baru kepada sahabat rapat saya ni.dia adalah sahabat yg rapat dgn saya ketika kami sama2 di satu opis,sekarang dia sudah bertugas di tempat lain,alhamdulillah rezeki dia dapat bertugas di tempat lain dgn kedudukan yg selesa skit.kalau nak tau kemana ada saya sudah tentu ada dia juga.seperti adik beradik,segala masalah,gosip,ape sekali pun saya akan luahkan pada dia,begitu juga dengan dia pun sama segala masalah kita akan kongsi bersama.memang sedih sangat x dapat datang mase dia nikah..padahal semingu sebelum hari besarnya dia telah datang jumpa saya ajak tido di rumahnya,tapi saya x dapat tido di rumahnya sebab ada kelas di sebelah malamnya.sedih sekali lagi bila x dapat ade sama2 dgn dia berkongsi kegembiraan dgn dia.harap2 dia tidak kecik hati dgn saya.

hari sabtu tu mmg jadual saya agak bz skit,.dgn kelas yg dah start hari sabtu,sebelah petang pulak kena bawak mak yg nak melawat adik di matrik kerana dia pun final exam jugak.last dia kat matrik pastu dah habis,tapi last minit plan tu ditukar pada hari ahadnya kerana mak saya kena g kelas agama hari sabtu tu..sedih lagi sebab saya hanya datang pada hari sanding sahaja tu pun ajak sidia datang awal..sebab lepas tu kena rushing ke melaka bawak mak utk melawat adik.saya sampai je pengantin lelaki pun dah sampai,alhamdulillah sempat lagi saya dapat tengok dia sanding, saya dapat lihat berseri sungguh muka dia,cantik,pengantin lelaki pn sama hensem dan kacak..(cewah!..) jauh di sudut hati terdetik.. sahabat saya kahwin juga akhirnya dengan lelaki yg dia sayang,cinta,kasih,..kerana itu adalah pilihan dia.selama 5 tahun mereka bercinta,bertunang..nah!!akhirnya ke jinjang pelamin juga akhirnya.saya tumpang gembira utk dia,dia adalah sahabat saya yg tak mungkin saya lupakan sampai bila2.dan sahabat2 yg lain juga.

utk sahabat saya itu~~~semoga bahagia itu berkekalan sehingga akhir hayatmu,jadilah isteri yg terbaik utk suaminya..tapi susah untuk kita menjadi seorang yg perfect,sebab kita hanya manusia biasa yang masih ade kekurangan dan kelemahannya.harap dipermudahkan semuanya,dilancarkan perjalanan hidup berumahtangga,walaupun byk dugaannya harungilah bersama.ingatkan dia walaupun susah atau senang mesti kena sama2.

ayat-ayat kecilku~~I will miss u my fren!!! (; rasa2 lepas dia kawin ni,dapat x jumpe dia lagi??

No comments:

Post a Comment